Program Kesedaran Keselamatan Siber – Taklimat SAFE & SHIELD SK Rantau Panjang
17 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 Disember 2024, Isnin, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Program Keselamatan Siber - SAFE & SHIELD bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga 10:00 pagi. Program tersebut telah dijalankan di Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Panjang oleh pengurus NADI Rantau Panjang dan NADI PPR Seduan Rantau Panjang. Taklimat ini telah dihadiri oleh 155 orang pelajar dan guru beberapa orang guru terlibat.
Program ini bermula dengan pengenalan kepada NADI dan program perkhidmatan pintar NADI iaitu E-Kelas. Program telah diteruskan dengan taklimat SAFE dan SHIELD iaitu pendedahan kepada pelajar dan guru guru tentang kesedaran penggunaan Internet secara positif. Taklimat juga menerangkan tentang kepentingan keselamatan siber kepada kanak kanak. Seterusnya, tayangan video keselamatan siber ditayangkan kepada peserta. Diakhir taklimat, kita telah membuat kuiz secara rawak kepada pelajar dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Semoga program ini memberi manfaat kepada komuniti dalam menambah pengetahuan tentang internet dan kesedaran keselamatan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: